Aphanizomenon flos-aquae (AFA)

Aphanizomenon flos-aquae (AFA) adalah salah satu daripada spesies cyanobakteria (alga biru-hijau) yang diproses secara komersial untuk dijadikan sebagai diet tambahan. Ia tumbuh secara semulajadi di Hulu Tasik Klamath di Oregon Selatan, menjadikannya sebagai makanan tambahan yang unik. Mikro-alga unisel ini pertama kali ditemui lebih 15 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan tanah lembap yang kaya dengan kepelbagaian hidupan dan terletak di bahagian Amerika Utara. AFA mencapai usia matang pada sekitar musim panas, lalu ianya diambil dan kemudian diproses dengan kadar segera untuk mengekalkan profil pemakanan dan aktiviti enzim di dalamnya.

Tasik Upper Klamath mempunyai kedalaman purata kira-kira lapan kaki, namun sumber makanan alga di tasik tersebut adalah mendapan yang kaya dengan mineral yang dipercayai berada sekurang-kurangnya 35 kaki dalam. Mendapan tersebut terhasil kesan daripada letupan gunung berapi lebih 10 000 tahun yang lalu. Dianggarkan bahawa dengan hanya satu inci daripada mendapan yang kaya dengan mineral ini, mampu menghasilkan AFA yang cukup untuk keperluan setiap orang di planet ini sebanyak satu gram sehari untuk enam puluh tahun yang akan datang!

Inilah yang dikatakan kuasa nutrisi. Lebih 98% daripada AFA ini adalah nutrien bio-tersedia, yang bermaksud nutrien ini boleh digunakan secara langsung oleh tubuh manusia dalam bentuk asli nutrien tersebut terbentuk. Sebagai contoh, protein hanya mampu diserap dalam badan dan otot kita dalam bentuknya yang paling mudah iaitu asid amino, dan AFA mengandungi kesemua lapan asid amino penting, dalam profil yang betul untuk penyerapan optimum. Aphanizomenon flos-aquae (AFA) mengandungi sehingga 68% lebih protein dalam setiap jumlah beratnya berbanding makanan lengkap yang lain.

Hasil penyelidikan di Hospital Besar Massachusetts dan Sekolah Perubatan Harvard terhadap haiwan mendapati bahawa AFA menaikkan tahap asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA) di dalam darah. Seperti yang diketahui, EPA dan DHA sangat terkenal dengan fungsinya membantu mengoptimumkan sistem organ, termasuk sistem saraf. Para penyelidik mendapati bahawa AFA sumber yang lebih baik berbanding minyak kacang soya, iaitu sumber yang tinggi dengan PUFA (poly-unsaturated fatty acid), untuk meningkatkan tahap omega-3 asid lemak ini di dalam darah. Hampir 50% daripada kandungan lipid AFA ialah asid lemak alfa-linolenik asid (Omega-3), yang diperlukan oleh tubuh manusia. Omega-3 adalah asid lemak menyokong sistem imunisasi dan membina lapisan lemak putih myelin yang berfungsi sebagai sarung pada gentian saraf penghubung di dalam otak. Orang yang mengambil AFA secara berjadual dilaporkan mengalami peningkatan dalam kesedaran mental dan stamina, memperbaiki daya ingatan jangka pendek dan panjang, menambah daya kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah dan menjadikan hidup yang lebih sejahtera.

Aphanizomenon flos-aquae (AFA) juga mempunyai spektrum mineral semulajadi, klorofil, antioksidan dan pelbagai jenis vitamin. Satu gram daripada ekstrak AFA menyediakan 48% daripada keperluan harian vitamin B1 (beta-karotena) yang disyorkan, 133% daripada Vitamin B12 dan sejumlah besar semua jenis vitamin B kompleks. Dinding sel Aphanizomenon flos-aquae yang kaya dengan protein adalah sumber terbaik glikogen, di mana ianya diperlukan oleh hati untuk penyimpanan tenaga, yang menjadikan ianya salah satu sebab pengguna merasai peningkatan tenaga selepas menambah AFA dalam diet harian mereka. AFA juga diketahui mengandungi molekul unik yang memodulasi pelbagai aspek kesihatan manusia. Phenylethylamine (PEA), yang dikenali sebagai "molekul cinta", mampu meningkatkan daya tumpuan dan perhatian. PEA juga merupakan penentu mood semula jadi dan anti-depresan.

Molekul khas yang menyebabkan warna biru dalam AFA dikenali sebagai phycocyanin. Bergantung kepada sumber alga, jumlah berat phycocyanin boleh mencapai sehingga 15% daripada jumlah berat kering alga tersebut. Phycocyanin mempunyai antioksidan dan anti-radang. Satu kajian telah dilakukan untuk mengkaji keupayaan dan keistimewaan ekstrak semula jadi AFA yang diperkaya dengan phycocyanin untuk melindungi eritrosit manusia biasa dan sampel plasma darah terhadap kerosakan oksidatif dalam vitro. Dalam sel-sel darah merah, hemolisis oksidatif dan peroksidaan lipid oleh penjana radikal peroxyl akueus [2, 2'-Azobis (2-amidinopropane) dihydrochloride, AAPH] telah mampu dikurangkan dengan ketara oleh ekstrak AFA dalam satu tempoh masa, bergantung pada masa dan dos yang ditetapkan, dan pada masa yang sama juga mampu menangguhkan kadar kekurangan glutation cytosolic. Di dalam sampel plasma, ekstrak semula jadi ini menghalang tahap pengoksidaan lipid yang disebabkan oleh pro-oksidan ejen kuprik klorida (CuCl2); iaitu peningkatan rintangan plasma yang seiring dengan pengoksidaan dapat diperhatikan oleh pembentukan diene yang berkaitan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah terdapat peningkatan kesedaran tentang kepentingan metabolit mikroalga. Satu ekstrak berasaskan air AFA yang mengandungi kepekatan phycocyanin yang tinggi berjaya telah menghalang pertumbuhan dalam vitro satu daripada empat baris sel tumor, menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya beberapa jenis sel tumor boleh menjadi sensitif dan dimusnahkan oleh phycocyanin. Sebagai tambahan, phycocyanin ini juga merangsang pemindahan sel imun dalam badan terutama sel stem dan ia adalah satu- satunya sebatian semulajadi yang mampu untuk berbuat demikian.

Satu pasukan di Hospital Royal Victoria, Montreal, Kanada, telah melakukan demostrasi bahawa pengambilan AFA memberi perubahan segera dalam kadar sel imun. Kesannya adalah sementara dan bergantung pada jenis sel-jenis tertentu. Data juga menunjukkan bahawa penggunaan jangka panjang tidak akan menyebabkan sistem imun menjadi hiper-stimulasi. Menurut penyelidik, AFA menjadikan sel-sel pembunuh semulajadi ini mampu ‘melakukan rondaan’ lebih baik di seluruh badan. Kesan ini dapat dilihat apabila alga diambil pada dos oral yang rendah (1.5 gram), bersamaan dengan jumlah suplemen makanan yang juga rendah. Penyelidikan yang lain menerangkan tentang identiti penyediaan tiga jenis molekul tinggi kandungan polisakarida yang diambil dan diasingkan daripada AFA adalah activator yang berkesan dalam monosit manusia / makrofaj, termasuk "Immunon" dari Aphanizomenon flos-aquae. Aktiviti Immunostimulatory ini diukur menggunakan faktor transkripsi yang berasaskan bioesei. Setiap polisakarida yang dikaji dalam penyelidikan ini, termasuk AFA, menunjukkan peningkatan yang ketara terhadap tahap mRNA interleukin dan nekrosis tumor faktor-a (TNF-a). Polisakarida ini adalah antara 100- 1000 kali lebih aktif untuk vitro pengaktifan monosit berbanding persediaan polisakarida yang sedang kini digunakan secara klinikal untuk kanser imunoterapi.

Penyelidikan juga memberi ciri-ciri kesan persediaan larut air dari sumber yang diketahui berfungsi memodulasi sistem imun. Satu kajian lain menunjukkan bahawa sifat macrophage-activating daripada persediaan larut air AFA menjadi pengantara melalui laluan yang sama dengan LPS-dependent activation. Tetapi penemuan yang paling luar biasa adalah keupayaan Aphanizomenon flos-aquae (AFA) untuk merangsang dan menyokong pembebasan semula jadi dan penghijrahan sel stem dewasa dari sum-sum tulang manusia, menjadikannya sebatian semula jadi yang pertama dikenali untuk merangsang fenomena paling semula jadi penyembuhan dan pertumbuhan semula dalam tubuh manusia.

  • Hector Sabelli, Peter Fink, Jan Fawcett, Cynthia Tom - Sustained Antidepressant Effect of PEA Replacement.
  • Mark Berthold-Losleben, Sabine Heitmann, Hubertus Himmerich - Anti-Inflammatory Drugs in Psychiatry.
  • C. Romay, J. Armesto, D. Remirez, R. Gonza´lez, N. Ledon and I. Garcı´a - Antioxidant and anti-inflammatory properties of C-phycocyanin from blue-green algae.
  • Serena Benedetti, Francesca Benvenuti, Silvia Pagliarani, Sonia Francogli, Stefano Scoglio, Franco Canestrari - Antioxidant properties of a novel phycocyanin extract from the blue-green alga Aphanizomenon flos-aquae. Elsevier.
  • David Marc, Kelly Olson - Neuroimmunology of Autism Spectrum Disorder.
  • Thomas E Ichim, Fabio Solano, Eduardo Glenn, Frank Morales, Leonard Smith, George Zabrecky and Neil H Riordan - Stem Cell Therapy for Autism. BioMed Central.
  • Aaron N. Hart, Lue Ann Zaske, Kelly M. Patterson, Christian Drapeau, Gitte S. Jensen - Natural Killer Cell Activation and Modulation of Chemokine Receptor Profile In Vitro by an Extract from the Cyanophyta Aphanizomenon flos-aquae. Journal of Medicinal Food.
  • Gitte S. Jensen, Steve G. Carter, Kimberlee A. Redman, Kathleen F. Benson, Axel Ehmann, Jesse Guthrie, Jim Turner, Christian Drapeau - Cognitive enhancement and immune modulating properties of an antioxidant-rich microalgae extract, AFAninPlus™.
  • Mahmood Khan, Saradhadevi Varadharaj, Latha P. Ganesan, Jagdish C. Shobha, Madireddi U. Naidu, Narasimham L. Parinandi, Susheela Tridandapani, Vijay Kumar Kutala, Periannan Kuppusamy - C-phycocyanin protects against ischemia-reperfusion injury of heart through involvement of p38 MAPK and ERK signaling.
  • David J. Schaeffer, Victor S. Krylov - AntiHIV Activity of Extracts and Compounds from Algae and Cyanobacteria.
  • Gitte S. Jensen, Aaron N. Hart, Lue A.M. Zaske, Christian Drapeau, Niraj Gupta, David J. Schaeffer, J. Alex Cruickshank - Mobilization of human CD34+CD133+ and CD34+CD133- stem cells in vivo by consumption of an extract from Aphanizomenon flos-aquae — related to modulation of CXCR4 expression by an L-selectin ligand?. Elsevier.
  • Gitte S. Jensen, Donald I. Ginsberg, Christian Drapeau - Blue-Green Algae as an Immuno-Enhancer and Biomodulator
  • Gitte S. Jensen, Donald I. Ginsberg, Patricia Huerta, Monica Citton, Christian Drapeau - Consumption of Aphanizomenon flos-aquae Has Rapid Effects on the Circulation and Function of Immune Cells in Humans. Rafail I. Kushak, Christian Drapeau, Elizabeth M. Van Cott, Harland H. Winter - Favorable Effects of Blue-Green Algae Aphanizomenon flos-aquae on Rat Plasma Lipids. JANA.
  • Aphanizomenon flos-aquae and The Nervous System. Attention deficit disorder, Depression and Mood elevation.
  • Rafail I. Kushak, Christian Drapeau, Harland S. Winter - The Effect of Blue-Green Algae Aphanizomenon Flos-Aquae on Nutrient Assimilation in Rats.
  • Victor Rimbau, Antoni Camins, David Pubill, Francese X. Sureda, Cheyla Romay, Ricardo Gonzalez, Andres Jimenez, Elena Escubedo, Jordi Camarasa, Merce Pallas - C-Phycocyanin protects cerebellar granule cells from low potassium/serum deprivatation-induced apoptosis.