Perihal Kami

maxxima nutraceutical

Maxxima Resources (M) Sdn Bhd adalah anak syarikat Maxxima Capital (M) Sdn Bhd. Kami memulakan syarikat ini untuk memberi tumpuan kepada kajian & pembangunan produk, pengeluaran dan perundingan. Pada tahun 2013 kami memperkenalkan Maxxima Nutraseutikal, satu bahagian baru yang memberi fokus kepada penjagaan kesihatan pengguna.

Kami mengambil berat tentang penjagaan kesihatan pengguna secara serius dan memahami dengan tepat kemahuan dan keperluan pengguna kami. Membina kepercayaan dan kesetiaan pengguna kekal menjadi teras misi penjenamaan kami. Untuk memastikan jenama ini kekal relevan kepada pengguna generasi baru, kami sentiasa mengambil kira tentang kemahuan dan pandangan pengguna. Pandangan ini kemudiannya digunakan untuk membangunkan produk baru, demi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Perniagaan Maxxima Nutraseutikal mengambil serius inovasi saintifik bersama kuasa pemasaran dan cemerlang dalam kedua-duanya. Ia adalah satu perniagaan yang didorong oleh sains, tetapi sentiasa mengutamakan pengguna. Kami berusaha untuk membawa penyelesaian yang baru dan lebih baik untuk menggalakkan pengguna menyokong kesihatan mereka dan meningkatkan kesejahteraan diri.

Budaya kami adalah didorong oleh salah satu wawasan inovasi pengguna, kerjasama dan dedikasi. Kami tidak pernah menyerah. Kami percaya bahawa, lebih dari menyelesaikan masalah kesihatan, apa yang kami tawarkan adalah memperkasakan diri melalui penjagaan diri. Pembentukan populasi yang sihat dan sejahtera adalah bermula dengan penjagaan kesihatan diri sendiri. Dan kami bersemangat untuk menyediakan peluang tersebut kepada semua orang di seluruh dunia - setiap hari!

Matlamat Kami

Menubuhkan kepelbagaian perniagaan Kami telah mewujudkan perniagaan dan portfolio produk yang lebih seimbang, seterusnya mampu memberikan pertumbuhan jualan yang berterusan. Mempermudahkan model perniagaan Oleh kerana perniagaan kami adalah fleksibel, kami mengubah cara kami beroperasi supaya kami boleh mengurangkan kerumitan dan menjadi lebih cekap. Ini adalah untuk memberi kebebaskan kepada pelabur untuk melabur semula di tempat lain dalam perniagaan. Perniagaan yang bertanggungjawab Menjadi sebuah perniagaan yang bertanggungjawab adalah kunci kepada strategi kami, dan bagaimana kami memberikan kejayaan adalah sama pentingnya dengan apa yang kami capai. Kami juga memastikan nilai-nilai ini tertanam dalam budaya dan penentuan keputusan demi membantu kami untuk memenuhi harapan masyarakat dengan lebih baik.

Kenali Kumpulan Maxxima

Anda tahu nama kami. Anda tahu reputasi kami. Tetapi anda juga perlu tahu siapa pasukan kami, dan kemahiran dan pengalaman yang kami boleh tawarkan untuk perniagaan anda. Kami telah bergabung pengalaman lebih 50 tahun dalam pelbagai latar belakang kepakaran. Kami sangat berbeza. Kami global. Kami juga adalah dari pelbagai disiplin. Namun kami mempunyai satu persamaan, iaitu kami semua bersemangat dalam setiap yang kami lakukan.

Minda Utama

  • Reza Ibrahim Ph.D

    Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif
  • Patrick Wong

    Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi
  • Saiffil Fariz Mohamad Yusuff

    Pengasas Bersama & Ketua Pengasas Teknologi
  • 1

Untuk khidmat pengedar atau pertanyaan, hubungi wakil kami

  • Nana

    Pemasaran
  • Fara

    Logistik
  • Ainn

    Khidmat Pengedar
  • Eezaq

    Kreatif
  • Erica

    Akaun
  • Dr Ainna

    Anazoe Medical Spa
  • 1