Related Posts with Thumbnails

Maxx Info


More Updates


25 Tips menghadapi masalah hidup

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan lari daripada ditimpa masalah. Perkara paling mudah untuk dibuat ialah mengeluh. Kamu boleh memberikan pelbagai jawapan untuk masalah kamu itu. Tetapi untuk bersyukur kamu begitu susah untuk menyatakannya. Apa kata kamu rujuk senarai dibawah setiap kali kamu ditimpa masalah. Mungkin ada diantaranya yang sesuai dengan masalah yang kamu hadapi.



1. Kamu masih mempunyai keluarga dan bukannya yatim piatu atau terbiar tanpa arah tuju..

2. Sihat dan tak perlu dibayar untuk bernafas.



3. Tidak perlu tidur beralaskan bumi dan berlangitkan bintang.

4. Masih boleh mendengar muzik, mencium bau dan merasa makanan yang enak-enak.



5. Mempunyai kawan untuk diajak bersembang, makan bersama atau berjalan-jalan dihujung minggu.

6. Mampu bersekolah, walaupun penat mengulangkaji dan menghadapi peperiksaan.

7. Masih mampu ketawa apabila menghadapi saat yang melucukan.

8. Mampu menangis apabila melihat sesuatu yang mengharukan walaupun tiada kaitan dengan kamu. Ternyata kamu masih mempunyai perasaan.

9. Masih mampu membelikan hadiah untuk teman, keluarga dan orang teristimewa.

10. Nak menonton filem cuma perlu beli tiket, dvd atau vcd. Nak mendengar muzik boleh pergi ke konsert atau cari mp3 di internet.

11. Nak merasa masakan luar seperti cina, jepun, barat dan sebagainya cuma perlu pergi ke restoran yang menyediakannya.



12. Hidup dalam negara yang bebas perang.

13. Dapat merasa menggunakan teknologi-teknologi canggih.

14. Mempunyai bakat tertentu dan dapat menggunakannya..

15. Bebas untuk memakai apa sahaja pakaian yang kamu kehendaki.

16. Tiada orang yang serupa dengan kamu 100% dari segi rupa, watak dan pemikiran. Kamu adalah unik.

17. Dapat melihat dunia luar. Cuma perlu melancong.

18. Kamu mampu membuat orang lain ketawa dan gembira.

19. Kamu masih hidup hingga hari ini.

20. Kamu masih ada tempat untuk mengadu masalah.

21. Bila pokai hujung bulan, kamu tetap ada makanan untuk dimakan

22. Bila kamu melakukan kesalahan, masih ada orang yang akan cuba memperbetulkan kesalahan kamu.

23. Kamu bebas untuk memilih apa yang kamu mahukan dalam hidup asalkan kamu rajin berusaha.

24. Kamu hidup dizaman moden. Kamu masih boleh curi tulang atau berehat semasa bekerja dan bukan buruh yang dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji.

25. Kamu boleh membaca artikel ini. Berapa ramai orang yang tidak boleh membaca akibat kesempitan hidup.

show submisison details

Attached file(s)

http://www.chinomedicalgroup.com/happy-family.jpg
http://www.nicaraguasc.org.uk/aboutnicaragua/images/oxford.jpg
http://www.brusselstribunal.org/images/War.jpg
http://www.creativityforkids.com/images/inspire_a_friend.jpg

Who Voted for this Story

Maxx portal komuniti bermaklumat

Related Links

Komen

Submit a Comment