apabila singa, beruang dan harimau tinggal dibawah satu bumbung
Baloo si beruang, Leo sang singa dan sang harimau bernama shere Khan merupakan 3 spesis haiwan yang kebiasaannya tidak mungkin bergaul rapat secara alamiah. Namun apabila diselamatkan oleh pihak polis secara tidak sengaja dalam serbuan anti dadah di Atlanta, Georgia lapan tahun lalu (ketika mereka masih kecil dalam usia 2 bulan), ketiga-tiga haiwan ini seperti telah menjadi satu keluarga.
Ketiga-tiga haiwan ini kemudian dihantar ke pusat perlindungan haiwan Noah's Ark di Locust Grove, Georgia. Pihak zoo tersebut mengambil keputusan untuk membiarkan ketiga-tiganya tinggal bersama.
Dengan penjagaan pengasas zoo berkenaan, warga Amerika boleh melihat sendiri "hubungan kekeluargaan" yang pasti menyentuh perasaan ini.
"Kami tidak mempunyai cukup wang untuk memindahkan mereka sebelum ini, tetapi sekarang orang awam boleh melihat pergaulan ketiga-tiga haiwan ini seperti adik beradik. Mereka tidak tahu langsung bahawa hukum alam telah menentukan mereka tidak sepatutnya berkawan. Baloo dan Shere Khan adalah amat rapat kerana sering bermain bersama sementara Leo banyak menghabiskan masanya dengan tidur. Amat menakjubkan apabila melihat seekor beruang hitam Amerika meletakkan tangannya pada seekor harimau Bengal dan melihat harimau itu menerkam kearah beruang seperti seekor kucing bermain." Kata Dlan
"Shere Khan pada mulanya amat janggal pada habitat baru itu, tetapi si Baloo amat pandai mengetuai dan membuatkan si harimau berasa selesa disitu."
"Ketiga- tiga haiwan ini bukan lagi haiwan liar. Tapi kami harus waspada dan menganggap mereka tetap haiwan liar apabila tiba masa untuk menguruskannya."
Menurut Dlane Smith lagi.
Habitat tersebut berharga dalam lingkungan £15,000 untuk dibina.
- Category: Berita Dunia
- Bincang









