Related Posts with Thumbnails

Maxx Info


More Updates


berita pelik

Di Thailand, 5 orang nelayan mati apabila menghidu bau ikan yang telah reput sementara 2 orang yang lain dimasukkan ke hospital.Ikan yang reput tersebut berada di dalam bekas setelah membukanya dan terhidu lalu mati.

Di China, kerajaan China mengharamkan pembukaan Cyber Cafe baru untuk tahun 2007 kerana bimbang dengan ketagihan internet yang melampau di kalangan penduduk China. Pada minggu lepas seorang guru mati selepas bermain game internet selama tujuh hari tujuh malam tanpa henti semasa cuti perayaan Tahun.

wikipedialogo.jpg

Di New York, Wikipedia, satu website yang sangat popular yang menyediakan maklumat percuma, sedang mengalami krisis dimana seorang penghantar maklumat yang dihormati di website tersebut rupa-rupanya hanya seorang pelajar biasa. Beliau, Ryan Jordan berumur 24 tahun berpura-pura sebagai seorang profesor dan menghantar banyak maklumat kepada Wikipedia tentang Agama Kristian. Sumber maklumat yang beliau gunakan hanyalah satu buku bertajuk "Catholiscisme for Dummies". Untuk maklumat anda, semua orang dibenarkan untuk menghantar maklumat di Wikipedia dan lebih banyak maklumat dan lebih tepat maklumat tersebut, lebih dihormati penghantar maklumat itu oleh pengguna Wikipedia.

starbucks.jpg

Di Mumbai, India, Starbucks satu rangkaian restoran kopi yang popular di seluruh dunia sedang bertarung untuk menghalang satu rancangan oleh seorang usahawan Shahnaz Hussein yang bercadang ingin membuka satu rangkaian restoran kopi yang diberi nama Starstrucks! Starbucks memberi alasan nama yang digunakan oleh Shahnaz terlalu mirip dengan Starbucks dan mendakwa Starstrucks ingin mendapat publisiti percuma dengan menggunakan nama tersebut!

Di Karachi, Pakistan, seorang lelaki dikehendaki polis selepas beliau bertindak menggali kubur bapanya yang telah mati 2 tahun yang lalu dengan harapan untuk menghidupkan kembali bapanya! Beliau, Abdul Rehman merampas sebuah ambulans dan membawa mayat bapanya ke rumah. Keluarga beliau memberitahu, Abdul Rehman, tidak pernah dapat mengatasi rasa sedihnya selepas kematian bapanya dan tak dapat terima kenyataan itu!.

show submisison details

Who Voted for this Story

Komen

Submit a Comment